Saturday, 5 November 2011

SeLaMat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum,, selamat hari raya aidiladha kepada semua...
Marilah kita takbir raya bersama-sama...


Allah Maha Besar sebenar-benar agung, segala pujian bagi Allah. Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, tiada Tuhan yang disembah melain-kan Allah. Dan kami tidak menyembah melainkan kepada-Nya dengan ikhlas hati. Baginya agama walaupun dibenci oleh orang kafir. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Ia membenarkan janji-Nya, membantu hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya dan Dia sendiri menewaskan pakatan musuh.


Nabi Muhammad SAW bersabda:  “Tidak ada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah di kala Dia disembah daripada sepuluh Zulhijjah.”  (Hadis riwayat Abu Hurairah).

Apabila tiba 10 hari bulan Zulhijjah yang lebih dikenali dengan Hari Raya Korban, maka hendaklah pergandakan usaha untuk melakukan ketaatan kerana sesungguhnya ia adalah hari yang paling afdal di sisi Allah SWT dan dijadikan kehormatan pada sebelah siangnya.

Beberapa amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Aidiladha) adalah:-

SEBELUM 10 ZULHIJJAH

  1. Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah.
  2. Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha.
  3. Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran.

PAGI 10 ZULHIJJAH

  1. Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
  2. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  3. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  4. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  5. Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
  6. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
  7. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  8. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
  9. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  10. Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  11. Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  12. Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.

Niat Mandi Sunat Hari Raya Aidiladha:

نَوَيْتُ الْغُسْلَ مِنْ يَوْمِ عِيدِ اْلاَضْحَى سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Daku berniat mandi sunat Aidiladha kerana Allah Ta’ala.


HARI RAYA KORBAN


Aidiladha adalah bagi mengikis kelekaan terhadap keduniaan. Ia juga menilai di antara ketaksuban mencintai harta duniawi atau sanggup mengeluarkan sebahagiannya bagi mendapatkan keredaan Allah SWT.


1. Takbir


Suasana hari Tasyrik bersamaan Hari Raya Korban ini hendaklah dihiasi dengan takbir, tasbih, tahlil, tahmid, beristighfar dan perbanyakkan membaca al-Quran serta memperhatikan maknanya, terutama selepas setiap solat fardu.

Rasulullah SAW menyarankan umat Islam menyambut hari raya dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda: “Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah).”  (Hadis riwayat al-Thabrani).
.
Pada Hari Raya Haji / Aidiladha disunatkan bertakbir (Takbir Muqayyad) setiap kali selepas solat fardu, bermula dari Subuh Hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar pada hari ke 3 Tasyriq, iaitu 13 Zulhijjah.

2.  Banyakkan membaca doa Nabi Yunus:

لآ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنْ الظَّالِمِيْنَ

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
.
Ketika ditelan oleh ikan nun, dalam kegelapan malam dan kegelapan lautan, Nabi Yunus berdoa dengan doa ini. Lalu, Allah menyelamatkannya dan ikan itu memuntahkannya.
Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: “Wahai Rasulullah, adakah doa ini hanya khusus untuk Nabi Yunus atau untuk orang mukmin secara umum?” 

Rasulullah menjawab dengan firman Allah bermaksud: “Dan kami selamatkannya daripada kesusahan. Begitu jugalah kami akan menyelamatkan orang mukmin.” (Surah al-Anbiyaa’, ayat 88)


3.  Berdoa Taubat

Perbanyakkan berdoa kehadrat Allah, terutama merayu kepada-Nya supaya Allah mengangkat kemarahan dan kemurkaan-Nya daripada kita.
Kita merayu kepada-Nya janganlah dibalas jika kita terlupa atau tersilap. Merayu kepada-Nya agar Dia tidak menguji kita dengan sesuatu yang tidak mampu dipikul.
Merayulah kepada Allah, agar Dia memaaf, mengampun dan mengasihi kita. Dialah pelindung dan Dialah yang akan memberi kemenangan kepada kita.


4.  Solat Sunat Aidiladha

Solat Sunat Aidiladha dua rakaat adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji, di Tanah Suci Mekah.


5.  Ibadah Korban

Aidiladha disebut juga Hari Raya Korban. Kata `Adha’ adalah bentuk jamak daripada kata `dahiyah’ yang bererti haiwan korban. Korban atau udhiah bermaksud menyembelih haiwan tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu, kerbau, biri-biri dan kambing.
 .
Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Tiada sesuatu amalan anak Adam di hari Nahar (Hari Raya Korban) yang lebih disukai Allah selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan cukup segala tubuh anggota, cukup bulunya, tanduknya, dan kuku-kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak pada suatu tempat di sisi Allah SWT. sebelum mengalir ke tanah. Kerana itu berbahagialah dirimu dengannya.”      Hadis Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim.
.
Ibadat korban Aidiladha boleh dilakukan selama empat hari bermula 10 Zulhijjah, iaitu pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.


HIKMAH AIDILADHA

  • Hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan.
  • Meninggalkan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah seperti maksiat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya.


Friday, 4 November 2011

Puasa Sunat Hari Arafah

Jom puasa sunat hari arafah esok,,, 5 Nov 2011 bersamaan 9 Zulhijjah... :)


Kelebihan puasa Hari Arafah

Telah tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Maka untuk mereka yang berpuasa pada Hari Arafah akan diganjarkan dengan penebusan dosa setahun sebelum dan selepas. InsyaAllah. Kalau betul niat, betul cara.

Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :
“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata :
Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah – (Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)

Monday, 31 October 2011

Baiti Jannati :)

Assalamualaikum,, hari nie p sek bosan la...... x belajar apa2 pun...Cikgu pun x masuk.. Dah habis periksa, lagipun buku teks nk kena antar dh ari khamis nie.. Baru dpt mrkh add math,, Alhamdulillah, lulus.. yeay! Yg lain2 xdpt lagi.. Td masa sn ingatkan cikgu nk bg kertas sbb kelas sebelah dpt dh, tp dia kata x habis cek lagi... 

OK! So, saya dan rakan2 pun sembang la sambil cikgu sedang periksa kertas.. Saya tanya kawan saya hr nie balik kul berapa? Dia kata hr nie balik awal sbb cikgu mesyuarat, saya katalah yeay seronoknya.. Tiba2 kawan saya, Hana tanya "Awat ampa suka balik awal?"..

Saya pun xtau nk kata apa.. Saya cuma kata "Sebab kat umah best ada bilik, ada katil, bilik air, bantal, komputer, internet".. Apalagi kami sama2 gelak la.. Lepas tue, saya kata kat dia 'Baiti Jannati' -maksudnya rumahku syurgaku..:)

p/s: Home Sweet Home :)

Sunday, 30 October 2011

Happy Birthday, mak.....

Today is Sunday.. 30-10-2011.. Hari ini hari lahir mak saya (Rusliza Bt Ramli),, 'HAPPY BIRTHDAY, Mak'... Semoga panjang umur dan murah rezeki......

Mcm2 Jadi....

Assalamualaikum... lamanya x tulis sejak bln ramadan dulu... Bukannya apa sibuk sikit.... sibuk ka?haha..
Oklah, meh nk cerita dr bln posa dulu sampai la.... Mcm2 dh jadi...

1) Hari Raya Aidilfitri (30-08-2011)
  Raya hari tue, raya rumah mak chaq dulu kt kola perlis... Selalunya saya raya kt jejawi..., tp tahun nie raya kt kola dulu... Meriah sangat... Ambil gambar dan posing kat kereta baru kak pijah(sepupu saya)... haha.. 






2) Hantar kakak ke UIA (4-09-2011)
  Dlm beberapa hr selepas raya, kami sekeluarga pergi ke UIA Gombak utk antar kakak yg baru mendaftar..
UIA luas sangat..., syok kalau dpt belajar kt situ... Yg seronoknya, selepas antar kakak daftar pd pg selasa tue, ayah pun bwk kereta nk balik perlis la... tp dia nk p ke rumah sepupu dia dulu seblm balik.. Dlm prjlnan nk pergi ke Petaling Jaya, ayah x tau umh sepupu dia kt mana.. Waktu tue dlm pukul 1 ptg... Ayah call la nk tnya tp sepupu dia x angkat... So, ayah & mak buat keputusan utk balik jea... oleh kerana keletihan, saya tertidur di dalam kereta.. Apabila sedar jea, saya tengok nie bukan jalan balik perlis,,....tp jalan nk p Pusat Bandaraya,,, apa dh jd nie??  Rupa2nya mak kata " ayah terlajak, bla nk pusing balik, x jumpa dh jalan tue, jadi dia nk p ronda2 kat Kuala Lumpur pulak."  Hah?? Nk kata apa dah, ikut jer la.. Lps tue ayah cari tune hotel dan kami menginap kt situ dan check in dalam kul 3ptg....

  Petang tue, mak bawak saya, ayah dan adik saya (usaid) p KLCC dengan LRT...  Kami ronda2 sekitar tmpt tue..









3) 26-09-2011
Hari lahir sepupu saya, Kak Dila.. 'Happy birthday, Kak Dila'... Semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia dlm khidupan..


4) 27-09-2011
Hari lahir ayah saya, 'Happy Birthday my lovely dad'.. Semoga panjang umur dan murah rezeki... Pada ptg tue, dalam pukul 3.40 ptg,, saya sedang berehat di ruang tamu dan rasa mengantuk.. waktu tue hujan turun renyai2.. Ayah sedang duduk di kerusi... Mak x berapa sihat dan sedang baring di atas sofa..... Tiba2, hanset ayah berbunyi.. Ada panggilan drp pak lang, katanya Wan Mat x sihat... Ayah bergegas utk pergi ke jejawi iaitu rumah Wan Mat... Saya yang berada di rumah bersama mak berasa x sedap hati dan mak mengatakan nk p jejawi jugak... Saya ckp nk ikut jugak, walaupun rasa agak mengantuk.. Apbila sampai,, ambulans pun ada kt rumah wan.. Saya bergegas masuk ke dalam rumah dan nmpk ramai org di dapur... Sekujur tubuh Wan Mat terbaring di lantai dan dipegang oleh pak lang sambil diperiksa nadi oleh pemeriksa ksihatan..
Dan akhirnya, Wan Mat telah tiada buat selama-lamanya... 

Semoga roh Wan Mat ditempatkan bersama org yg beriman dan beramal soleh... Amin.. Al- Fatihah

Friday, 12 August 2011

12 Ramadhan....

assalamualaikum, apa khabar semua? Selamat menjalani ibadah puasa... Di bulan yang mulia nie, banyak2lah kita buat ibadah kerana setiap ibadat pahalanya dilipat kali ganda... hari nie pertama kali saya berbuka puasa di kola perlis.. Seronoknya dapat berbuka bersama saudara-mara... :)




KELEBIHAN BULAN RAMADHAN:

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. – Diriwayat oleh imam Nasai’e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. – Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Nabi SAW bersabda, ” Apabila tiba bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu rahmat.” (HR Muslim)






Thursday, 28 July 2011

Sihat sebelum Sakit!!!

Assalamualaikum, semua...... Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera... Saya sedang sakit sejak seminggu yang lalu... Bila kita sakit, apa benda pun kita x mau buat... rasa x selesa, rasa nak tido jea.. Kita kena  ingat balik sakit itu hanya ujian Allah terhadap hambanya. Kita kena banyak bersabar... Nikmat sihat amat penting untuk kita... Apa-apapun, doakan saya supaya cepat sembuh!

Saturday, 9 July 2011

Berakhirnya Kejohanan Olahraga Tahun 2011..

Alhamdulillah, akhirnya habis juga kejohanan olahraga tahun nie... Pada petang khamis yg panas terik,  majlis dimulakan dengan pembarisan kawad kaki daripada usrah(rumah sukan) masing2.. Tema maskot rumah sukan utk thn ini ialah kartun. Usrah badar(rumah merah) maskotnya ialah ultraman, usrah uhud(rumah kuning) pula spongebob, usrah khandak(rumah hijau) ialah sherk dan usrah tabuk(rumah biru) maskotnya mcm monyet entahla tak tau nk kata sbb benda tu berbulu dan ada ekor, comel sangat! Seterusnya, berlangsungnya acara lari 4x100 meter... tahun nie saya ada masuk acara tapi x menang pun.. T_T

pembarisan usrah badar


usrah uhud



usrah tabuk

usrah khandak


moskot



             Selepas itu, semua pelajar diminta berkumpul di tengah2 padang utk majlis penutupan. Tahun ini, kejohanan olahraga dimenangi olah usrah khandak. Naib johan dimenangi oleh usrah badar usrah saya la tue. Tempat ketiga dan keempat dimenangi  oleh usrah tabuk dan uhud.. Khemah yang cantik pula dimenangi oleh usrah uhud. usrah nie memang patut menang sebab hiasan khemahnya cantik sangat...







 Akhir sekali, cikgu memaklumkan bahawa esok cuti.. Wah, syoknya!!! Majlis berakhir pada pukul 5.45 petang~

Masa!!!

MASA, MASA, MASA...... Masa amat berharga... SEkarang ni, saya rasa masa pantas sangat berlalu. Dan kadang2, saya rasa saya x pandai menggunakan masa yang ada dengan baik sekali... Ruginya saya... :(
Berdasarkan Surah Al- 'Asr : -



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

وَالْعَصْرِ
(1) Demi masa.

إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
(2) Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian.

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَات
 وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ 
وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
(3) Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan amal soleh,
dan mereka saling menasihati supaya mentaati kebenaran
serta saling menasihati supaya menetapi kesabaran.


Saya teringat akan lagu yang dinasyidkan oleh kumpulan Raihan, Demi Masa:

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Ah...

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh
Ah...

Gunakanlah masa kita dengan sebaik-baiknya..... Kerana MASA ITU IBARAT PEDANG.. Jika kita tak memotongnya, maka ia akan memotong kita...

Thursday, 7 July 2011

BeRcuTi????!!!

Semua orang suka bercuti kan... SAya pun suka jugak! Saya teringat balik percutian saya sewaktu bulan 12 thn lps.. Saya bercuti di Melaka.. Melaka merupakan tempat yang bersejarah.. Banyak tempat menarik yang terdapat disitu antaranya Menara Taming Sari, Muzium Samudera Melaka ada peristiwa melucukan terjadi kat sini!! , Melaka River Cruise dan Kota A Famosa.. Seronok sangat!

Kat Menara Taming Sari

Harga tiket: RM 10 Dewasa dan Kanak2 RM 5





semua gambar nie diambil drpd pemandangan atas semasa berada di dalam menara taming sari....

muzium


melaka river cruise

bangunan2






Setelah turun dari menara, saya dan keluarga berjalan kaki utk pergi ke muzium samudera melaka... semasa dalam perjalanan terdapat musibah yang berlaku iaitu kamera terjatuh... Habislah, kena marah.. T_T  Kamera rosak dan gambar jadi blur... 







gambar nie diambil dengan kamera handphone... kata2 yang terdapat di dalam muzium samudera melaka






Esoknya pula, saya sekeluarga melawat ke Kota A Famosa..  



saya dan adik-beradik


Ini pula gambar kat tempat penginapan...



cantek tak kami terapung?




Memang seronokkan dapat bercuti bersama keluarga.....
 ~Saya sayang family saya ^_^


Bulan Syaaban

HAri ini hari jumaat 8/ 7/ 2011 bersamaan 6 Syaaban.... Kurang sebulan lagi kita akan berpuasa di bulan Ramadan.. Antara kelebihan Bulan Syaaban ialah:


Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


Dalam sebuah hadits RasuluLLAH shalaLLAHU ‘alayhi wassalam mengajarkan
sebuah do’a pada para sahabat beliau untuk dibaca dibulan Rejab dan Sya’ban.






Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
  • Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


Imam Ja'far bin Muhammad Al-Sodiq ada berkata bahawa sesiapa yang hatinya tersangkut pada dunia, maka dia akan tersangkut pada tiga perkara:

  1. kesedihan yang tidak berakhir
  2. angan2 yang tidak tercapai
  3. harapan yang tidak akan menjelma


Tuesday, 7 June 2011

BeLajar BaHasa Siam?!!

Sawaddi ka (salam sejahtera)... 
     
       Kenapa tiba2 cakap bahasa Siam? sebab kat umah saya ada orang dok belajar bahasa siam... Siapa?? Ayah saya.... wan saya orang siam, so ayah saya teringin nk belajar bhs siam...... nanti bila p songkla boleh la dia cakap siam...... 

       Yang lawaknya, kami kat umah pun terikut2 cakap siam jugak.. haha @_@
Antara yang saya belajar..., wan ni wan can(hari ini hari isnin)...
prong ni wan ang khan(esok hari selasa)...
 setakat itu je la~   
..pekerjaan dalam bahasa siam..

cita2 saya nk jadi khru....
Insya Allah

khob cai (terima kasih)........

Cuba teka?

Seperti tajuknya......., cuba teka?
ini tiket wayang cerita nurkasih

so
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..... 
dah tengok dah ler cerita tue, hehe ^_^
dan tima kasih kepada yang belanja... :)





Wednesday, 1 June 2011

Outing with friends

         Hari isnin 30/5/11 yg lalu, saya keluar bersama kwn2 ke Kangar... pukul 11 pg, mak ambik aufa ngan adibah kt kedai manikam... bawak mai umah dulu, lps tu barulah bertolak p kangar... dalam kereta aufa excited sangat nk p kangar.. saya pun seronok jugak sbb first time keluar p kangar ngan kwn sek rendah...

         Mak berhentikan kami kat depan the store.. kami jln dulu nk p cari tempat mkn sbb aufa x sarapan lg... aufa and adibah mkn keow teow sup, tp saya minum air je sbb dh srpn kt umah.. lepas tu, terus p main bowling.. kat main bowling saya kalah ngan depa.. T_T... aufa tmpt pertama dan adibah tmpt kedua.. tahniah aufa!! syok la tue, ceciter ceciter... haha..

          Next, kami jalan nk p makan kt pizza hut... semasa dlm perjlan, singgah kat yen gallery.. aufa ngan adibah nak cari hadiah utk kawan depa.... aufa dan adibah dengan murah hati bagi hadiah kat saya jugak, thank you, my friends... ^_^ After that, kitorang pun menyeberangilah jalan2 yg berliku jalan besar utk pergi ke pizza hut..

           Sebelum tue, singgah kat kedai tings dulu, kedai cenderamata.. apabila saya buka pintu kedai itu, saya ternmpk dr jauh, mak menakan saya, cik tinie apa lagi p salam la... lupa yg mak prnh kata dia keja kt sini,, lps tue minta diri utk p kedai pizza hut... kat sana, pesan pizza set3 sbb kami 3 org jea... adibah teringin nk mkn pasta, buatlah tmbhn pesan pasta. oh, sedap sungguh! lps tue, dlm kul 2.30 ptg, call mak nk balik...~











p/s: ada orang ajak tengok nurkasih... ^_^ nk ikut....

TerenGGanu...

Assalamualaikum, lama x update sebab ada peperiksaan... alhamdulillah, periksa pun dh habis... sekarang nie, cuti sekolah... oh, ya... hari tue, 7/5/2011... pergi ke terengganu utk mengikuti rombongan pertunangan sepupu saya, abg kie iaitu anak mak long... xmau cerita panjang2.., tengok je gambar ini...:)


tempat penginapan


ayah sdg berdiri di beranda


sekitar majlis pertunangan abg kie & kak mien



mak long menyarungkan cincin kpd jari kak mien



barang2 hantaran



sempat bergambar beramai-ramai sebelum pulang

Sunday, 8 May 2011

SELAMAT HARI IBU.....

                                

                                 Ibu, ibu.. Engkaulah ratu hatiku...
                                 Bila ku berduka.. Engkau hiburkan selalu... ^_^



Selamat Hari Ibu kepada emak saya...... 
Terima kasih atas segala pengorbanan yang telah emak beri pada diri saya....
Terima kasih kerana memberi saya kasih sayang, 
menghantar dan mengambil saya pulang dari sekolah,
memasak makanan yang sedap dan banyak lagi..........
Maaf atas segala salah dan silap saya terhadap mak.....
Saya sayang kamu........


                                            



YA ALLAH.... TERIMA KASIH KERANA 
MENGURNIAKAN AKU SEORANG IBU YANG BAIK.......








p/s:  Tahniah kepada abangku kerana dapat melanjutkan pelajaran ke UITM Arau... Syokla tue, dekat ngan umah... Apa2 pun, belajarlah rajin2.... 

Wednesday, 4 May 2011

Assalamualaikum...

Assalamualaikum... lama kan x update blog...
Hari nie, mcm biasa balik sekolah kul 5.00 ptg... Kat kelas tadi blur sikit pasal add math... nasibla ada fatin.. (tq fatin).. Dahla exam minggu depan... Add math xtau la camne... Lepas tu, risau kt bhs arab sbb ba waktu hr pertama periksa... tadi tanya kt ustz nk msk apa dlm exam? boleh pulak dia kata minggu dpn baru dia nk bagitau... haha.. aduh! minggu dpn dh periksa nk bagitau buat pa... Dh la minggu nie nk p terengganu... mesti nk study pun susah... bukan pa, cuma kalau dh p jln2 mesti malas nk baca buku.. hehe.. biasala tue.. oklah, nk p baca buku nie... next entry, saya tunjuk gambar kt terengganu, ok.... ~






p/s: SALAH DI MATA KAU X NAMPAK, SALAH TAKSIRAN KAU X DINILAI....
kata2 nie ditujukan utk seseorg....

Thursday, 21 April 2011

I'm new here... :)

Assalamualaikum.... hari nie saya baru mula buat blog.....
saya masih belajar..  berumur 16 tahun...
mempunyai sebuah keluarga bahagia..... :)
ayah seorang guru manakala emak suri rumah....
ada 4 adik beradik..... oklah, setakat ini saje...~